Tuesday, 22 May 2012

Tahukah Anda? ( Kaedah Rawatan Air )

Air adalah satu Rahmat Tuhan untuk kehidupan makhluk di dunia ini. Tanpa air maka tiada kehidupan sebagaimana kita kecapi sekarang. Begitu besar dan pentingnya peranan air dalam kehidupan seharian. Tetapi bagaimana saudara dan saudari menilai dan menghargainya. Adakah kita dari golongan yang suka membazirkan air yang telah dibekalkan ke kediaman kita.Tahukah saudara dan saudari betapa susahnya peranan Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang didalam membekal bekalan air yang mencukupi, bersih dan berkualiti untuk menampung kehendak penguna-pengunanya. Adakah kita sedar dan menghargainya.Adakah kita melakukan penyelewengan serta melakukan sambungan haram paip air sedangkan air yang dibekalkan kepada penguna itu adalah melalui proses-proses yang terbaik mungkin dan melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi dari segi menyediakan loji-loji, peralatan dan penyelenggaraan.

Bagaimana proses rawatan air itu ? Dari mana asalnya air paip yang disalurkan ke kediaman kita ? 
Air dari sungai dipam melalui Muka Sauk. Muka Sauk ialah bangunan yang dibina di tebing sungai dimana pam jenis 'Submersible' yang dipasang padanya akan mengepam air mentah ke loji air. Ianya adalah proses pertama bagi rawatan air. Di Muka Sauk ini, pam air mentah akan beroperasi pada paras air yang mencukupi dan berhenti sekiranya paras air terlalu rendah. Ini merupakan sistem perlindungan bagi setiap pam untuk mengelakkan kerosakan.


Dari Muka Sauk air mentah dipam melalui paip yang ditanam dalam tanah ke 'Aerator'. Air mentah akan memancut ke udara di Aerator dimana akan berlaku proses pengudaraan. Air pancutan tersebut akan jatuh semula ke dalam Aerator yang bertingkat yang mana kemudiannya disalurkan ke Tangki Pengentalan (Floculation Channel). Terlebih dahulu dua jenis bahan kimia dimasukkan ke dalam air mentah iaitu Kapur (Hydrated Lime) dan Larutan Tawas (Alluminium Sulphate). Larutan Kapur digunakan untuk menaikkan nilai pH air mentah, manakala Larutan Tawas adalah untuk pengentalan keladak-keladak halus.


Aerator (Sistem Pengudaraan) dan Metering Pump
Air mentah yang telah dicampurkan dengan Larutan Kapur dan Tawas seterusnya disalurkan ke Tangki Pengentalan dimana air akan melalui tiga peringkat pengaliran dengan velositi yang berbeza. Setiap peringkat aliran mengandungi halangan dalam bentuk susunan Kayu Chenggal yang menegak yang disusun secara rapat pada peringkat pertama, sedikit renggang pada peringkat kedua dan renggang pada peringkat ketiga. Diperingkat awal keladak halus dapat dilihat dan velositi air adalah tinggi. Diperingkat pertengahan saiz keladak mula membesar dan velositi agak mula perlahan. Manakala diperingkat akhir, keladak telah membesar dan velositi air adalah rendah. Kelihatan keladak air yang besar perlahan-lahan dibawa air menuju ke Tangki Mendap.


Seterusnya air dengan keladak yang membesar memasuki Tangki Mendap yang bertingkat. Disini keladak makin membesar dan menjadi besar hingga memaksanya mendap ke bawah tangki. Di sini air kelihatan agak jernih kerana ketiadaan keladak yang besar.




Tangki Mendap
Air yang telah hening kemudian mengalir ke Tangki Penapisan. Tangki Penapisan mengandungi dua grade pasir halus, nozzle dan rangkaian paip angin dibawahnya. Fungsi Tangki Penapis ialah untuk menapis keladak-keladak halus yang tidak mendap semasa di Tangki Mendap. Apabila kadar penapisan menurun kerana tersumbat, maka pencucian penapis dilakukan. Pencucian dimulakan dengan melepas angin dari bawah lapisan pasir melaui paip-paip PVC. Tujuannya adalah untuk melepaskan keladak-keladak halus yang terlekat di dalam pasir-pasir penapis. Selepas lima minit, angin diberhentikan dan air dibersihkan. Seterusnya dilepaskan dari bawah lapisan pasir melalui proses 'Reverse Flow'. Apabila air mengalir dari bawah ke atas, ianya akan membawa/menolakke atas keladak-keladak dalam bentuk lumpur. Masa ini kelihatan lumpur keluar dari dalam pasir. Proses ini berlanjutan sehingga kelihatan lapisan atau pasir dan lebih kurang lima minit.




Tangki Penapis
Air yang telah ditapis dari Tangki Penapis ini kemudiannya disalurkan ke tangki air bersih dimana Larutan Chlorin dicampurkan untuk tujuan Nyahhama ( Disinfection ).




Air dari tangki itu kemudian dipam dengan menggunakan 'High Lift Pump' ke tangki-tangki simpanan dan seterusnya untuk agihan kepada pengguna.



No comments:

Post a Comment