Air
merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun, air semakin hari semakin
tercemar. Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik
dan bahan buangan. Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air
kita. Kini, banyak punca air kita tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada
sebarang langkah diambil ia mungkin memudaratkan kehidupan manusia.
Punca
utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik
yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya
ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai
cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria
dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen
dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.
Kilang-kilang
juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina
di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam
sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke
dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air
sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
Pertanian
juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil
pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam
sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan
dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid
untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan
cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan
haiwan-haiwan akuatik.
Selain
itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan
pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah
antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak
menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau
sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan
air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan
sumber protein manusia.
Bahan-bahan
buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang
kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani
makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut
dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan
bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian
bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.
Kesimpulannya,
pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang memerlukan kerjasama semua
pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa persekitaran kita bersih
dan selamat untuk hidup. Langkah-langkah perundangan penting dalam menangani
masalah ini. Kesedaran melalui pendidikan alam sekitar juga dapat membendung
fenomena ini.
Sumber :
http://mazlan66.wordpress.com
No comments:
Post a Comment